Kerjaya
10
min
masa membaca

Transisi Pereka Grafik Kepada Pereka UI/UX, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pelajari bagaimana untuk berpindah dari reka bentuk grafik ke UI/UX dengan tip tentang alat, kemahiran, dan teknik. Temui peluang pekerjaan yang menguntungkan dalam bidang ini.
Penulisan oleh
Zaim Asri
UI Visual Developer
Diterbit pada
1
July
2023
Sunday

Pengenalan

Jika anda seorang pereka grafik dan berfikir untuk bertransisi ke bidang Antaramuka Pengguna (UI/UX), artikel ini mungkin sesuai untuk anda. Antara grafik dan UI/UX terdapat perbezaan yang ketara.

Pada dasarnya, kerja grafik menekankan pada aspek kreatif visual, sementara UI/UX memerlukan penekanan pada pengalaman pengguna yang mengoptimumkan interaksi antara pengguna dan produk. *Produk dalam bidang UI/UX lebih spesifik pada pembinaan Mobile App / Website

Jika anda ingin beralih ke bidang UI/UX, anda boleh memulakan langkah pertama dengan mempelajari alat yang digunakan dalam proses reka bentuk antaramuka pengguna.

Alat Yang Digunakan Pereka UI/UX

Satu alat yang boleh membantu anda mempelajari asas UI/UX adalah Figma. Figma adalah alat reka bentuk antaramuka pengguna yang popular dan mudah digunakan. Anda boleh memulakan perjalanan anda dengan menonton tutorial Figma di YouTube.

Kemahiran Reka Grafik Masih Boleh Digunapakai Dalam UI/UX

Walaupun asas grafik dan UI/UX berbeza, anda masih boleh memanfaatkan kemahiran grafik anda dalam kerjaya UI/UX. Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam bidang UI/UX adalah penamaan layer yang betul, penyediaan styleguide, animasi ringan (interaction), dan komunikasi visual.

Jangan lupa untuk memperkemas ilmu anda dalam aspek ini dengan mempelajari teknik-teknik reka bentuk yang lebih mendalam seperti User Flow, User Journey, User Persona, UX Writing, UX Research, dan Master Component.

Permintaan Pekerja Berkemahiran UI/UX Yang Tinggi

Bidang UI/UX menawarkan banyak peluang pekerjaan yang menguntungkan. Jangan terkejut jika gaji bagi seorang reka bentuk antaramuka pengguna boleh mencapai RM5,000 hingga RM30,000 ke atas.

Ini kerana hasil kerja reka bentuk antaramuka pengguna yang baik dapat membantu meningkatkan pengalaman pengguna dan memastikan kejayaan produk.

Kesimpulan

Akhir kata, jika anda ingin bertransisi dari bidang grafik ke UI/UX, pastikan anda mempunyai semangat dan kemahuan yang tinggi. Belajarlah dengan tekun dan terus meningkatkan kemahiran anda dalam aspek-aspek UI/UX. Siapa tahu, anda mungkin berjaya mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi dalam bidang yang baru ini.

Baca Perkongsian Kemahiran UI Visual Web Dev
Sila tinggalkan email anda di dalam borang yang disediakan. Tiada spam promosi.
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Topik-topik lain

Teknologi

Panduan Lengkap Harga Pelan Langganan Webflow

Dalam penulisan ini admin akan menerangkan plan manakah yang sesuai untuk anda sebagai seorang yang baru ingin bermula mengenali Webflow.

Zaim Asri
5
Jul
2023
Pembacaan 5 minit
Grafik

Figma Auto Layout: Alat Utama untuk Pembangunan Web

Figma Auto Layout adalah alat yang kuat yang menyederhanakan reka bentuk web, membolehkan penciptaan reka bentuk responsif dengan mudah di pelbagai peranti.

Zaim Asri
6
Apr
2023
Pembacaan 5 minit
Kreativiti

Teknik Copywriting Piramid Minto

Teknik Copywriting Minto Piramid ini sering admin gunakan dan hasilnya ia berjaya mendapat tarikan. Namun tidak semua copywriting yang dihasilkan admin guna teknik ini.

Zaim Asri
1
Jul
2023
Pembacaan 5 minit
By clicking “Accept All Cookies”, you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts. View our Privacy Policy for more information.