Kerjaya
10
min
masa membaca

Kenapa Kita Perlu Kongsikan Apa Yang Kita Tahu?

Pernahkah anda menonton pelbagai tutorial/tips di internet? Bagi segelintir yang lebih rajin pasti akan mengambil nota supaya mudah untuk ingat atau praktis semasa ada waktu lapang.‍
Penulisan oleh
Zaim Asri
UI Visual Developer
Diterbit pada
1
July
2023
Sunday

Pernahkah anda menonton pelbagai tutorial/tips di internet? Bagi segelintir yang lebih rajin pasti akan mengambil nota supaya mudah untuk ingat atau praktis semasa ada waktu lapang.

Belajar & Lupa

Akhirnya apa yang berlaku? kita terus lupa tentang tutorial/tips tersebut dan tidak memberi apa-apa impak pada perkembangan diri (personal development). Apabila kita tidak aplikasikan ilmu tersebut dan terus lagi menonton tutorial lain, kita akan merasa serabut atas faktor input berlebihan tanpa output.

Outputkan Apa Yang Anda Faham

Cara belajar bukan hanya tonton, tetapi terus aplikasikan dengan membuat konten. Apabila kita membaca, melihat & mendengar informasi, ianya hanya input.

Tetapi jika kita mengajar/berkongsi kepada orang lain, kita boleh menerangkan sejelasnya, melalui cara kita sendiri, tanpa merujuk buku atau video. Ini membuatkan orang lebih mudah faham kerana kita sendiri sudah betul-betul faham. Baca 30% faham, Praktis 70% faham, Mengajar 90% faham.

Ramai berpendapat jika berkongsi resepi rahsia, kita akan melahirkan klon seperti kita sekaligus menjadi pesaing kita. Sudahlah ilmu ini sahaja yang kita ada, bagi pula pada orang lain, bagaimana hendak untung? Ini adalah mindset abad ke-20. Kita perlu sedar kita sudah berada di abad ke-21. Internet telah menggubah segalanya. Google sahaja “Cara Buat Logo” terus boleh belajar. Di mana rahsianya?

Tiada Keyakinan Untuk Berkongsi

Kita sering merasa, kita bukan pakar, tak cukup pandai, kurang kemahiran untuk berkongsi ilmu. Secara jujurnya, saya juga bukan pakar. Saya bukan graduan reka grafik. Bukan semua yang saya kongsikan saya tahu dan sudah pakar, saya kongsi kerana saya juga ingin belajar dan lebih faham.

Jangan terlalu fokus pada kesempurnaan. Apa yang penting buat sahaja. Abad ke-21 nilainya bukan lagi terletak pada sijil ijazah. Tetapi pada pengaruh seseorang di sosial media. Kita boleh melihat semakin ramai kanak-kanak menjadi jutawan dengan membuat video Youtube tanpa sebarang sijil.

Kenapa Orang Memilih Kita Berbanding Pesaing?

Pilihan di tangan kita. Ini adalah pepatah mentor saya Chris Do. “Keep your secret & remain unknown or teach the world & grow your influence”. Kita simpan rahsia, tak ada siapa tahu produk/servis kita, tak ada siapa peduli tentang kita. Atau kita kongsikan apa yang kita tahu & kembangkan brand serta diri kita.

Orang akan memilih brand yang telah membantu mereka dan membeli dari brand tersebut atas faktor KEPERCAYAAN. Bila orang dah percaya, mereka tidak akan bertanyakan portfolio, terus tanya harga sahaja. Anda nilai sendiri mana lebih hebat impaknya, kongsi hasil portfolio, atau kongsi apa yang kita tahu.

Kesimpulan

Kita semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. Teknik yang saya gunakan ini sangat membantu saya berubah dari bekerja sepenuh masa kepada bekerja sendiri & survive untuk tahun 2020. Gunakan teknik MARGINAL GROWTH. Bermula sekecil-kecilnya. Dalam mencipta konten, anda tidak perlu terus lakukan grafik yang cantik pun, cukup menulis, screenshot & post di Sosial Media.

Ini teknik paling beginner yang sesiapa pun boleh buat. Apa-apa yang kita terfikir terus tulis pada nota di smartphone. Kemudian screenshot sahaja nota tersebut & terus post. Selain itu, apa yang saya buat adalah saya membaca buku semasa waktu rehat. Rehat 1 jam berbual sahaja pun bosan, jadi saya makan 10minit, selebihnya membaca. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Untuk kita bebas dari “rat race” bukanlah perkara mudah. Perlukan usaha.

Baca Perkongsian Kemahiran UI Visual Web Dev
Sila tinggalkan email anda di dalam borang yang disediakan. Tiada spam promosi.
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

Topik-topik lain

Teknologi

Panduan Lengkap Harga Pelan Langganan Webflow

Dalam penulisan ini admin akan menerangkan plan manakah yang sesuai untuk anda sebagai seorang yang baru ingin bermula mengenali Webflow.

Zaim Asri
5
Jul
2023
Pembacaan 5 minit
Grafik

Figma Auto Layout: Alat Utama untuk Pembangunan Web

Figma Auto Layout adalah alat yang kuat yang menyederhanakan reka bentuk web, membolehkan penciptaan reka bentuk responsif dengan mudah di pelbagai peranti.

Zaim Asri
6
Apr
2023
Pembacaan 5 minit
Kerjaya

Transisi Pereka Grafik Kepada Pereka UI/UX, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pelajari bagaimana untuk berpindah dari reka bentuk grafik ke UI/UX dengan tip tentang alat, kemahiran, dan teknik. Temui peluang pekerjaan yang menguntungkan dalam bidang ini.

Zaim Asri
1
Jul
2023
Pembacaan 5 minit
By clicking “Accept All Cookies”, you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts. View our Privacy Policy for more information.